Tuesday, June 25, 2013

Sampah! kenapa pandang ringan?

Bismillahhirrahmanirrahim..

Sampah!
Ahai.. pasti ada orang cakap:
1. Ada apa dengan sampah?
2. Ah.. buang je sampah kat tepi jalan tu nanti adalah orang yang bersihkan.
3. Biarlah, apa guna ada 'cleaner' kan dorang dibayar?
4. Habis, kau nak pegangkan sampah ni sepanjang perjalanan?

Di dalam firman Allah ada menceritakan sikap manusia:

maksudnya:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah dibumi."
Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah 2:30)

Ya, terbukti! manusia itu akan melakukan kerosakan.
 Aku melihat ramai manusia di luar sana yang merasa jijik melihat sampah, menutup hidung saat lalu berdekatan timbuanan sampah. Bila tengok kawasan yang berserakan dengan sampah ada yang cakap "kotornya tempat ni".

ha... pandai pulak..

Sedar tak sedar, bukankah anda salah seorang penyumbang sampah yang bertaburan itu?

Allah ada berfirman dalam salah 1 surah dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sungguh segala kebaikan itu datangnya dari Allah, dan segala keburukan yang menimpa manusia itu adalah kerana salah dirinya sendiri" (insyaAllah nanti di cari surah apa)

ha... tu dia...

Bila banyak sampah di merata-rata tempat makin banyak pulak tempat bersarangnya nyamuk-nyamuk. Nanti banyak pulaklah orang kene demam denggue dan segala bagai. Ha? nak salahkan siapa?
'Back' semula kepada diri sendiri...

Fikir-fikirkanlah..

Sememangnya ada yang mencari rezki dari sampah-sampah itu, tapi janganlah dengan menghamburkan sampah merata-rata anda rasa itu memberi rezki kepada mereka! Fikikanlah.. kepada yang merasa ada orang yang membersihkan sampah, bagaimana jika itu ibumu? Tidakkah kamu kasih akan mereka?

Perbuatan dan sikap kita mencerminkan akhlak kita. Mencerminkan siapa diri kita. Tidak mahukah kita mencontohi akhlak rasulullah? Tidak mahukah kita menjadi manuisa yang bermanfaat kepada orang lainnya?

"sungguh manusia yang paling baik itu adalah yang banyak bermanfaat kepada yang lainnya dan mendapat keredhaan Allah swt. itu yang utama.

^_^ jom berlumba-lumba meraih redhaNya..





wahai penyeru kebaikan..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Faktor terbesar yang menyebabkan masyarakat berpaling dari para da'ie dan orang-orang yang menyerukan kebaikan-khususnya perbaikan moral adalah:

1. kisah lalu mereka yang suram dan moral mereka yang tidak terpuji.
    -masa lalu yang tidak baik inilah yang memunculkan keraguan terhadap kejujuran para da'ei. Mereka akan menduga bahawa sebenarnya para dai itu berlindung di balik aktivitas dakwahnya untuk meraih keuntungan tertentu, atau mereka sudah puas merasakan nikmat hidup atau bergelumang dengan dosa, atau dugaan buruk lainnya..

Allahurabbi... Ampunkan daku..

Seorang da'ie yang lurus dan istiqamah di masa mudanya, selama ia akan melangkah dengan mantap dan percaya diri. Kerana apa??
Kerana, musuhnya tidak akan menemukan jalan untuk memperolokkan peribadinya baik menggunanakan senjata di masa lalunya atau di masa sekarang. Tidak ada detik kehidupannya yang mampu dijadikan fitnah.

Allah..

Benar, Allah akan menerima taubat hambanya yang benar-benar bertaubat dan Allah akan menghapuskan kejahatan masa lalunya dengan kebaikan masa kini.

Wahai penyeru kebaikan...

Jika kamu masih diusia mudamu, gunakanlah ia sebaiknya. Janganlah engkau mencemarkan usia mu dengan noda-noda dosa yang terlihat jelas. Sentiasalah memohon ampunan dari Allah.

-muhasabah-






Monday, June 10, 2013

Dunia ini hanya sementara...

Astaghfirullahalazim 3x...

Ke mana hilangnya harga diri duhai para perempuan, mengapa begitu mudah menggadaikan maruah, menggadai diri? mana sifat malu yang yang mendidingi dirimu?

Ke mana hilangnya sifat lelaki yang melindungi, adakah andai ingin beristrikan orang yang sanggup menggadai maruah diri, menjaja diri di sana sini?  Jika kamu tidak mahu maka mengapa kamu sanggup melukan perkara yang mencemarkan mereka?

Duhai saudara perempuanku, duhai saudara lelakiku... hidup kita didunia ini cuma sementara. Kita di dunia ni hanyalah seorang musafir yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Di mana kampung kita? Di syurga sana saudaraku. Janganlah kita hanyut dek keindahan dunia ini saudaraku. Bersabarlah, sungguh sabar itu indah :) 

Kepada saudara perempuanku, anda semua mahal, tidak ternilai harganya jika kamu mampu menjaga dirimu, percayalah.. jika bukan di mata manusia, tapi di mata Allah... ^_^

Buat saudara perempuanku:

"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar menundukkan pandangannya,agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) , kecuali kpda suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau saudara lelaki mereka, putra2 saudara lelaki mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) atau hamba sahaya, yang mereka miliki, atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan. dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung." (24:31)

Thursday, June 6, 2013

Cintailah yang sebenarnya pasti tidak akan kecewa ^_^

Bismillahirrahmanirrahim... Ramai antara kita yang sibuk mencari cinta, lena dibuai cinta, kemaruk dengan cinta dan tak kurangnya pula yang kecewa dengan cinta. *kecewa sampai tak sanggup lagi hidup... (kononnya) tapi sedarkah kita, dalam kesibukan kita mengejar cinta dunia yang sementara, ada cinta abadi yang setia menunggu kita.
              Cinta yang tak akan mengecewakan, cinta yang akan menerima kita setulusnya iaitu cinta kepada Allah. Allah Yang Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada tandingannya :)
              Buat anda yang ingin berubah....
lakukanlah kerana Allah... kerana harapan manusia itu akan terputus bila tempat pengharapannya terputus. Maka berharaplah pada yang kekal selamanya. Jika anda berubah kerana manusia, maka pasti anda akan kecewa.. Jangan biarkan itu berlaku, dan jangan biarkan usaha anda sia-sia. Lakukanlah ia kerana Allah, pasti setiap usaha anda itu dinilai Allah :)
             Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap amal perbuatan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan diterima kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia atau wanita yang ingin dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju."
(HR. Dua Imam Ahli Hadith: Abu Abdillah Muhammad b. Ismailb. Ibrahim b. Mughirah b. Bardawih Al-Bukhari dan Imam Abu Husain Muslim b. Al-Hajjaj b. Muslim Al-Qusyairi An- Naisaburi dalam kedua kitabnya yang merupakan kitab hadith paling sahih)





Sunday, May 26, 2013

Kita tak tahu kat mana rezki kita...

"Kita tak tahu kat mana rezki kita", kata seorang sahabat bila aku masih mengira nak beli makanan kucing banyak mana. Di kawasan rumahku terlalu banyak kucing yang kasihan aku melihatnnya. Tiap hari bila keluar pintu mesti kucing-kucing serbu nak masuk, cari makan. Sebelum ini aku selalu berkira-kira sebabnya, aku sendiri memerlukan duit untuk makan, kot la nak layan kucing istimewa sangat. Ish... *teruk ke? urm...
Bukan apa, aku selalu cakap dari aku bagi makan kucing baik aku bagi orang-orang yang memerlukan diluar sana, maklumlah aku berada di sebuah negara yang kadar kemiskinannya agak tinggi.
            Tapi, bila tiap hari aku tengok ada kucing yang kelaparan aku jadi kasihan. Jika kucing tu boleh bercakap pastilah dia sudah menegur manusia yang mementingkan diri, tidak punya belas kasihan terhadap binatang. Sedangkan, kucing-kucing itu adalah makluk yang sentiasa berzikir dan memuji Allah, sedangkan aku? terkadang lalai dalam mengingatiNya.
           Alhamdulillah, hakikatnnya bila kita berbuat baik kepada makhluk Allah keranaNya, hati akan tenang. Percayalah!! Dan rezki, janganlah kita merasa takut kurang kerana setiap orang ada rezki masing-masing.  Yang penting usaha, dan bermohonlah padaNya. Pada saat ini, aku melatih diri agar aku menjadi anak yang membantu dan berbakti pada keluarga. Ya, sebagai seorang da'ei aku tahu amat penting untuk aku mengurus kewangan dengan baik, buat keluarga, diri, jalan dakwah dan berbuat baik kepada makluk lainnya.
          Aku teringat kata-kata seorang guruku," cikgu dulu pun banyak menahan kehendak diri yang kurang penting, saat cikgu belajar. Tak apa, nanti dah kerja belilah apa yang kita suka".
          Ya.... itulah... jangan terlalu berkira, lakukanlah sesuatu itu kerana Allah sungguh hatimu akan tenang. Setiap rezki itu Allah yang berikan dan dalam rezki kita ada hak orang lain dan makhluk lainnya. Jangan berkira... ^_^

insyaAllah  Allah akan melapangkan rezki buat siapa sahaja yang Dia kehendaki :)

 
   Bersyukurlah....

Sunday, May 19, 2013

Inikah manusia??



 

" Nama pun manusia, diberi salam pun tidak dijawab, ialah kami ini cuma mengamen." gerutu seorang pengamen yang tiba-tiba naik berang kerana semua hanya tunduk.
Bukanlah tidak mahu menghulur wang walau sedikit tapi kami memang tidak memegang wang pada ketika itu. Waktu ini aku bersama ansarullah sekalian dalam perjalanan ke Bogor untuk mukhayyam yang pertama kali buat kami.
            Rasa macam kene tampar =-=
Kita lihatlah dunia sekarang, ramai manusia yang mementingkan diri. Mana hilangnya kemanusiaan??
Yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin. Ramai yang sibuk dalam kehidupan masing-masing hingga lupa kepada yang memerlukan di luar sana. Sibuk duk menempa nama kat "world record la", ini terbaiklah, itu terbaiklah..

           Sedar tak kita??
Kerana sifat "individualisme" yang beraja dalam diri manusialah, ramai saudara kita kat luar sana yang menjual akidahnya, menjual maruahnya, mengamen, mengemis dll.
           Pelik kenapa macam tu??
Sebabnya bila setiap manusia itu punya rasa kasih sayang terhadap manusia lainnya, jika setiap yang kaya dan yang mampu mengeluarkn zakat, maka tidaklah akan timbul masalah seperti ini. Umat islam perlu lebih memantapkan sistem ekonomi agar dapat membantu saudara seislam yang lainnya. Agar tidak ada yang tergadai kerana wang. Serta juga membantu semua manuisa yang memerlukan diluar sana tanpa mengira, agama, bangsa dll.
          Ingatlah...
Jangan kita memandang rendah kepada orang lain, jika anda bertemu pengamen, ingatlah bahawa dia mungkin lebih baik dari kita kerana dia berusaha mencari rezki yang halal. Sedang dalam rezki kita ada rezki orang lain. Janganlah kita kedekut nak mengeluarkan infaq kepada orang yang memerlukan. Sungguh tangan yang memberi itu lebih baik. InsyaAllah bila kita lakukannya ikhlas kerana Allah.

wallahulalam 

Wednesday, May 15, 2013

Bersyukurkah aku?

Asataghfirullahalazim....
Dalam kesibukan kita dengan dunia, sedarkah kita diluar sana masih ramai yang memerlukan. Terkadang, tanpa kita sering mengeluh tidak punya kasutlah, bajulah, makanan tak sedap lah dan sebagainya. Tapi sedarkah kita bahawa diluar sana masih ramai yang tidak berkasut, tidak punya pakaian untuk menutupi aurat, dan ramai pula yang tidak makan dalam sehari.


Sedarkah kita?? tanyalah diri anda sendiri.

Di sini di bumi Bandung ini, aku menemukan bermacam ragam manusia yang mengajarku erti syukur, yang terkadang aku terlupa mensyukuri apa yang aku miliki. Aku di sini susah mencari saiz kasut yang bersesuaian, makanya aku sering mengeluh tidak memiliki kasut untuk ke kelas, ada pun kasut getah. Hingga 1 hari aku dapat menemukan kasut-kasut yang sesuai dengan saiz kaki ku. Banyak yang aku beli, sebab tak mahal, dan lagipun susah nak cari saiz tu. *gembira sangatlah dapat kasut baru :D. Tapi dalam perjalanan pulang, aku bertemu dengan ramai orang yang masih tidak punya kasut untuk dipakai :( mereka tak mengeluh pun seperti aku :(.


Astaghfirullahalazim.. ya Allah ampuni aku.

Allah berfirman: dalam surah Al- Maun 107:1-7

ayat 1: Thaukah kamu( orang) yang mendustakan agama?

ayat 2: maka itulah orang yang mengherdik anak yatim

ayat 3: dan tidak mendorong memberi makan orang miskin

ayat 4: maka celakalah orang yang solat!

ayat 5: (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya

ayat 6: yang berbuat riya'

ayat 7:  dan enggan memberikan bantuan.

Allahhu Allah....

Allah dah pesan pun kat kita sebenarnya melalui surat cintaNya. Tapi kita je yang terkadang tidak ambil tahu.
kita bantulah orang-orang yang memerlukan di luar sana semampu kita, tak kira di Malaysia, di Indonesia atau dimana sahaja.Semoga kita semua tak tergolong dalam golongan yang mendustakan agama :(

Lagi Allah berfirman dalam surah Al-Kausar  108:1-2

ayat 1: sungguh kami telah memberimu nikmat yang banyak

ayat 2: maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah( sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)

Allah...

Sedar tak kita dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kat kita??
Terlalu banyak hingga tak terhitung oleh jari jemari, tak kan mampu dibalas dengan seluruh dunia dan isinya.
Sungguh Allah maha Pemurah, tapi adakah kita sudah mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita??

*muhasabah diri

Apa yang kita telah lakukan untuk agama Allah??
Apa yang kita sudah lakukan tanda kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita??
Cukupkah sekadar kita mengucapkan Alhamdulillah??
 Apakah pengorbanan yang kita sudah lakukan dalam hidup kita untuk agam Allah??
Adakah kita sudah menjadi manusia yang bermanfaat buat orang lain??

Tanya semula diri kita...