Tuesday, January 22, 2013

istiqarah ^_^

Istiqarah?
kau dah ada calon ke? aish.. asal sebut istiqarah je orang fikir pasal jodoh
istiqarah bukan la alat pencari jodoh, tapi untuk mohon petunjuk pada Allah dalam membuat sesuatu keputusan.,apa sekalipun. Istiqarah tidak pula diwajibkan ^_^

sebagaimana di sebut dalam hadith:

"Jabir Bin Abdullah menyatakan:
" Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istiqarah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami 1 surah dari Al-Quran. Rasulullah menyatakan, 'Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat 2 rakaat '." (HR Bukhari)



Wednesday, January 16, 2013

Berdoalah.....

Dikala diri diuji, berdoalah sungguh Dia sentiasa mendengar rintihan hatimu :)

Doa ketika ditimpa kesedihan yang mendalam:

" Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah. Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia." (HR. Bukhari)

" Ya Allah ya Tuhanku, aku mengharap rahmat-Mu, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusankau kepada diriku sendiri (janganlah Engkau berpaling dariku) sekejap mata, perbaikilah semua urusanku, tiada Tuhan selain Engkau." (HR. Abu Daud)

Saturday, January 12, 2013

aku berniqab....

assalamualaikum.... (sentiasa lah memberi salam)

Niqab??? aish... sehelai kain kecil yang menutupi wajah kata lain nya purdah la... kenapa?? perlu ke??
ekkk... pelik aku tengok orang-orang berniqab ni..
aku... aku adalah antara orang yang anti niqab (bukan la anti sangat cuma menolak, yelah payah kot)... macam mana nak makan kalau kat luar... senyum pun orang tak nampak... aish... tak nak lah aku... aku tak kan pakai punya *hoho yakin
tapi nak dikatakan betapa Allah lah yang berkuasa mengawal hati kita dan Allah lah yang menetapkan segala sesuatu... tiba-tiba 1 hari... jeng3x
tengah online ternampak la senior sekolah aku.. dulunya dia ni boleh tahan seksinya... terkejut aku tiba-tiba pakai niqab ekkk... nampak mata je...
aku pun apa lagi korek-korek la... apa pasal boleh pakai niqab ni heee :)
sembang punya sembang...
hurm... tahulah dia mmg dah pasang niat lama dah... hoho :D aku plak tak ada la pulak niatnya... cuma suka jugak tengok orang pakai... tapi aku rasa aku tak mampu haih nak pakai...
yala... macam mana nak pakai kalau jadi dokter, akak tu tak pe la, bukan dokter to be..
 *dushhh alasan.

1 hari..
tengah khusyuk online sat.. kot-kot ada mesej penting..
zzzzzaaaaaassssssssss...
terbaca post berbunyi mcm ni:

ada seorang lelaki bertanya kepada seorang alim
lelaki:
 "aku ni sebelum tidur, baca quran, solat sunat, berwudhuk tapi aku masih tak dapa bangun qiam,   kenapa ya?
alim:
 kamu masih tak dapat bangun keran dosa-dosa kecilmu yang masih menyelimutimu. huhu
(situasi ni kena dgn aku hukhuk)

hurmm... berfikir sejenak mengimbau memori
~aku masih belum menjaga pandangan sepenuhnya
~orang masih pandang aku
~aku terkadang rasa gembira bila ada yang kata aku comel *haish... tak la comel pun... tapi cukup sifat la
kadang-kadang terperasan jugak_haa kan da ujub hadoi... hati ooo hati
~ ada lelaki yang cakap kat aku: "saya suka tengok awak senyum, comel la " ekkk ~.~
~ orang slalu salah tafsir ekpressi aku...ramai yang kata aku garang... * adui tepok dahi

mula mencari-cari
aku pun mula berfikir dan tercari-cari *pandang kiri kanan atas bawah :P
selepas aku dapat tarbiyah, banyak perkara yang menyedarkan aku tentang cinta yang hakiki
matlamat hidup.. apa yang aku cari di dunia ini.. isk.. isk.. *teresak-esak nangis

"seseorang itu masuk syurga bukan kerana amalnya, tapi hanya kerana rahmat dan kasih sayang Allah"

hukhuk.. aku nak redho Allah...
maka aku kena berusaha mencarinya.. tapi aku belum mampu bangun malam dgn konsisten.. T_T
aku fikir dan fikir.. apa yang boleh aku lakukan?? ~buntu
hah... niqab... ya... aku nak berniqab :)
tapi aku takut la... boleh ke? kat sini tempat aku belajar ni tak de orang pakai pun...
aku pun beristiqarah dan beristiyasyah (betul tak eja?)
aku mintak izin ibuku.. (takut terkejut pulak tiba-tiba balik malaysia nanti nampak mata ja huihui...)
awalnya bunyi macam tak bagi tapi lepas bagitau kenapa.. alhmdulillah ibuku izinkan hooreeyy :D
tambah semangat nak berubah ni...

tapi.......
fakulti pulak tak bagi...
1 pagi ni bukan main semangat berlari-lari mengejar dokter nak tanya jika ada sebarang larangan...
fuhh... memang ada lah... huhu sebak terasa di dada dengar jawapan dokter
*jalan laju-laju masuk lab, mengadu pada Allah lepas tu baru cerita kat sahabatku.. sambil nangis-nangis
heee... manja pulak dah... (tak la... bukan manja tapi semangat dah berkobar tiba-tba tak boleh pulak)

apa aku nak buat ni???
 aku pun tanya la kakak-kakak yang pakai niqab jugak.. yang jugak pelajar kedokteran..
ooo rupanya boleh je bukak masa belajar, sebab pakai niqab ni bukan wajib jadi jangan jadikan masalah..
yeay:) gembira semula... :)
alhmdulillah dengan penuh semangat, pergi beli kain lepas tu tempah... adess... design dia macam mana la pulak... *tepuk dahi
ha... tanya senior la saiz dia... lepas tu design sendiri aja... beresss :)

sebelum niqab siap..
~huh macam mana nak mula pakai ni?
~apa pandangan kawan-kawan kat aku nanti, mesti diorang cakap aku bajet baik huuu :'(
~ke tak payah pakai la?
~nanti kalau senyum orang tak nampak dah... ekkk
~takut dokter marah la...

hussshhh.... huusshhh... pergi main jauh-jauh setan.. jangan kacau aku... aku tetap nak pakai..
~biar lah apa orang nak cakap.. yang penting pandangan Allah pada aku... manusia nak cakap apa pun cakap lah..
~jika dokter marah... cakap la pereturan cuma masa kelas.. jadi waktu selain tu saya bisa pakai la *cakap indon sikit
~tak nampak muka... memang aku nak jaga pun kan... jadi tak payah kisah sangat la... awal-awal je ni..

akhirnya....
alhamdulillah akhir bulan november 2012, aku berniqab.. setelah hampir 2 minggu proses memikir dan menyiapkan niqab :)
subhanallah... Allahuakbar... segala puji dikembalikan kepada Allah yang memegang hatiku :) 





.