Monday, September 9, 2013

Hati meminta untuk bernikah?

Bismillahhirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang menciptakan hati dan perasaan bagi setiap manusia. Tuhan yang memiliki segala sesuatu, tiada yang berhak disembah selainNya.

          Kebelakangan ini, semakin ramai yang bernikah sewaktu belajar. Membuatkan hati-hati si gadis dan teruna yang masih bujang ingin juga merasai kebahagiaan seperti mereka. Cinta itu satu fitrah, setiap orang ingin merasainya. Merasai bagaimana bila dicintai dan mencintai.
       
         Tetapi adakah kita sudah bersedia? Pernikahan itu bukanlah berakhir sekadar di gerbang perkahwinan, ia merupakan suatu perjanjian jangka panjang antara anda dan si dia. Kita sering memikirkan tentang keindahan alam perkahwinan, pernahkah kita terfikir tentang cabaran di alam perkahwinan nanti. Sudahkah kita mempersiapkan diri kita sebaiknya untuk itu? Bersediakah kita untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang baik atau istri dan suami yang baik?
       
          Jika belum, maka sekaranglah masanya untuk kita menyibukkan diri mempersiapkan diri untuk menempuhi alam rumah tangga nanti. Janganlah anda berasa khuatir kerana Allah ada berjanji dan janji Allah itu pasti:

" perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik......" (An-Nur:26)

           Persiapan meterial juga perlu agar dapat membangun rumah tangga yang sihat dan bahagia. Setiap orang ada waktu yang sesuai dan jodoh yang tepat. Yang bila tiba masanya, maka segalanya akan dipermudahkan. Kita masing-masing tidak tahu bilakah masa itu akan tiba, tetapi yakinlah, masa itu akan tiba. Maka bersabarlah wahai saudaraku. Banyakkanlah doamu agar dipelihara dirimu dari terpengaruh dek hawa nafsu yang menggila.

           Janganlah merasa cemburu melihat teman-temanmu yang sudah mendirikan rumah tangga, kerana dirimu juga akan dapat mengecapi nikmat yang sama suatu hari nanti. Jika anda perhatikan, teman-teman yang bernikah sewaktu masih belajarnya semuanya terdiri dari keluarga yang mampu, maka tidak hairanlah jika keluarga mereka mengizinkan kerana keluarga mereka pasti akan membantu di saat mereka mengalami kesukaran atau masalah kewangan.

            Bersabarlah... masa itu akan tiba... jika anda tidak mampu menahan gelojak jiwa itu, sedang dirimu tidak mampu untuk bernikah maka berpuasalah.. tetapi jika kamu mampu maka bernikahlah. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat dirimu.

Wallahualam...


Sunday, September 8, 2013

Jadilah dirimu sendiri, sungguh dirimu tetap cantik :)

Bismillahhirrahmanirrahim..
CANTIK, setiap orang ingin kelihatan cantik terutamanya para gadis. Kenapa? kerana memang fitrah seorang wanita itu suka kan kecantikan, tak kurang hebatnya juga dengan lelaki, pasti lebih suka melihat sesuatu yang cantik.

         Cantik itu bagi kebanyakan gadis sekarang adalah bila putih, kurus, tinggi, tak rabun, uish.. 'perfect' la senang cakap. Tapi sedarkah kita bahawa setiap apa yang Allah ciptakan itu cantik, walau bukan semua memandangnya cantik tapi ada mata yang memandangnnya cantik. :) Dan bila kita yakin bahawa diri kita cantik, insyaAllah sebenarnya kita menyakini bahawa ciptaan Allah itu cantik, dan itu akan membuat kita lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai. Sebaliknya, jika kita mengkritik kekurangan diri kita sebenarnya kita mengkritik ciptaan Allah contohnya "hidung aku kembanglah, tak cantik, nak hidung mancung macam tu" dll.

         Ada yang sanggup buat pembedahan plastik kerana tidak yakin bahawa dirinya cantik, dan di sisi islam, ia adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah. Kenapa kita nak risau sangat jika kita tidaklah secantik 'retis2' di luar sana? Takut tak ada orang nak masuk meminang ke? heee Kan Allah dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan, jika tidak bertemu di dunia, maka di akhirat nanti InsyaAllah.

         Kita berpakaianlah menurut syariat, bersabarlah, nanti Allah akan membalas kesabaranmu itu dengan nikmat syurga, kan syurga itu mahal, maka kita harus jadi mahal. Buat si gadis/perempuan di luar sana, diri amat berharga, simpanlah baik-baik buat suamimu nanti. Buat si teruna/lelaki, tahanlah kemahuanmu tutuplah auratmu bersabarlah, bukankah dirmu juga mahukan seorang wanita yang baik untuk dijadikan istri? adakah adil kiranya kamu tidak memelihara dirimu, imanmu?


Saudaraku sayang,

         Sungguh kecantikan itu bukanlah di luar sahaja, tetapi kecantikan dalaman juga harus di jaga. Bagaimana nak jaga kecantikan dalaman? Caranya, ajaglah akhlakmu, akidahmu, juga imanmu. InsyaAllah kecantikan dalamanmu itu akan terlihat diluar :). Tapi ingatlah kepada siapa kita hendak menunjukkan kecantikan itu? Tentulah yang paling utama adalah pencipta kita Allah. Ianya tidak akan sia-sia.

Wallahualam.