Sunday, September 8, 2013

Jadilah dirimu sendiri, sungguh dirimu tetap cantik :)

Bismillahhirrahmanirrahim..
CANTIK, setiap orang ingin kelihatan cantik terutamanya para gadis. Kenapa? kerana memang fitrah seorang wanita itu suka kan kecantikan, tak kurang hebatnya juga dengan lelaki, pasti lebih suka melihat sesuatu yang cantik.

         Cantik itu bagi kebanyakan gadis sekarang adalah bila putih, kurus, tinggi, tak rabun, uish.. 'perfect' la senang cakap. Tapi sedarkah kita bahawa setiap apa yang Allah ciptakan itu cantik, walau bukan semua memandangnya cantik tapi ada mata yang memandangnnya cantik. :) Dan bila kita yakin bahawa diri kita cantik, insyaAllah sebenarnya kita menyakini bahawa ciptaan Allah itu cantik, dan itu akan membuat kita lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai. Sebaliknya, jika kita mengkritik kekurangan diri kita sebenarnya kita mengkritik ciptaan Allah contohnya "hidung aku kembanglah, tak cantik, nak hidung mancung macam tu" dll.

         Ada yang sanggup buat pembedahan plastik kerana tidak yakin bahawa dirinya cantik, dan di sisi islam, ia adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah. Kenapa kita nak risau sangat jika kita tidaklah secantik 'retis2' di luar sana? Takut tak ada orang nak masuk meminang ke? heee Kan Allah dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan, jika tidak bertemu di dunia, maka di akhirat nanti InsyaAllah.

         Kita berpakaianlah menurut syariat, bersabarlah, nanti Allah akan membalas kesabaranmu itu dengan nikmat syurga, kan syurga itu mahal, maka kita harus jadi mahal. Buat si gadis/perempuan di luar sana, diri amat berharga, simpanlah baik-baik buat suamimu nanti. Buat si teruna/lelaki, tahanlah kemahuanmu tutuplah auratmu bersabarlah, bukankah dirmu juga mahukan seorang wanita yang baik untuk dijadikan istri? adakah adil kiranya kamu tidak memelihara dirimu, imanmu?


Saudaraku sayang,

         Sungguh kecantikan itu bukanlah di luar sahaja, tetapi kecantikan dalaman juga harus di jaga. Bagaimana nak jaga kecantikan dalaman? Caranya, ajaglah akhlakmu, akidahmu, juga imanmu. InsyaAllah kecantikan dalamanmu itu akan terlihat diluar :). Tapi ingatlah kepada siapa kita hendak menunjukkan kecantikan itu? Tentulah yang paling utama adalah pencipta kita Allah. Ianya tidak akan sia-sia.

Wallahualam.

        

No comments:

Post a Comment