Monday, September 9, 2013

Hati meminta untuk bernikah?

Bismillahhirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang menciptakan hati dan perasaan bagi setiap manusia. Tuhan yang memiliki segala sesuatu, tiada yang berhak disembah selainNya.

          Kebelakangan ini, semakin ramai yang bernikah sewaktu belajar. Membuatkan hati-hati si gadis dan teruna yang masih bujang ingin juga merasai kebahagiaan seperti mereka. Cinta itu satu fitrah, setiap orang ingin merasainya. Merasai bagaimana bila dicintai dan mencintai.
       
         Tetapi adakah kita sudah bersedia? Pernikahan itu bukanlah berakhir sekadar di gerbang perkahwinan, ia merupakan suatu perjanjian jangka panjang antara anda dan si dia. Kita sering memikirkan tentang keindahan alam perkahwinan, pernahkah kita terfikir tentang cabaran di alam perkahwinan nanti. Sudahkah kita mempersiapkan diri kita sebaiknya untuk itu? Bersediakah kita untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang baik atau istri dan suami yang baik?
       
          Jika belum, maka sekaranglah masanya untuk kita menyibukkan diri mempersiapkan diri untuk menempuhi alam rumah tangga nanti. Janganlah anda berasa khuatir kerana Allah ada berjanji dan janji Allah itu pasti:

" perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik......" (An-Nur:26)

           Persiapan meterial juga perlu agar dapat membangun rumah tangga yang sihat dan bahagia. Setiap orang ada waktu yang sesuai dan jodoh yang tepat. Yang bila tiba masanya, maka segalanya akan dipermudahkan. Kita masing-masing tidak tahu bilakah masa itu akan tiba, tetapi yakinlah, masa itu akan tiba. Maka bersabarlah wahai saudaraku. Banyakkanlah doamu agar dipelihara dirimu dari terpengaruh dek hawa nafsu yang menggila.

           Janganlah merasa cemburu melihat teman-temanmu yang sudah mendirikan rumah tangga, kerana dirimu juga akan dapat mengecapi nikmat yang sama suatu hari nanti. Jika anda perhatikan, teman-teman yang bernikah sewaktu masih belajarnya semuanya terdiri dari keluarga yang mampu, maka tidak hairanlah jika keluarga mereka mengizinkan kerana keluarga mereka pasti akan membantu di saat mereka mengalami kesukaran atau masalah kewangan.

            Bersabarlah... masa itu akan tiba... jika anda tidak mampu menahan gelojak jiwa itu, sedang dirimu tidak mampu untuk bernikah maka berpuasalah.. tetapi jika kamu mampu maka bernikahlah. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat dirimu.

Wallahualam...


Sunday, September 8, 2013

Jadilah dirimu sendiri, sungguh dirimu tetap cantik :)

Bismillahhirrahmanirrahim..
CANTIK, setiap orang ingin kelihatan cantik terutamanya para gadis. Kenapa? kerana memang fitrah seorang wanita itu suka kan kecantikan, tak kurang hebatnya juga dengan lelaki, pasti lebih suka melihat sesuatu yang cantik.

         Cantik itu bagi kebanyakan gadis sekarang adalah bila putih, kurus, tinggi, tak rabun, uish.. 'perfect' la senang cakap. Tapi sedarkah kita bahawa setiap apa yang Allah ciptakan itu cantik, walau bukan semua memandangnya cantik tapi ada mata yang memandangnnya cantik. :) Dan bila kita yakin bahawa diri kita cantik, insyaAllah sebenarnya kita menyakini bahawa ciptaan Allah itu cantik, dan itu akan membuat kita lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai. Sebaliknya, jika kita mengkritik kekurangan diri kita sebenarnya kita mengkritik ciptaan Allah contohnya "hidung aku kembanglah, tak cantik, nak hidung mancung macam tu" dll.

         Ada yang sanggup buat pembedahan plastik kerana tidak yakin bahawa dirinya cantik, dan di sisi islam, ia adalah haram kerana mengubah ciptaan Allah. Kenapa kita nak risau sangat jika kita tidaklah secantik 'retis2' di luar sana? Takut tak ada orang nak masuk meminang ke? heee Kan Allah dah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan, jika tidak bertemu di dunia, maka di akhirat nanti InsyaAllah.

         Kita berpakaianlah menurut syariat, bersabarlah, nanti Allah akan membalas kesabaranmu itu dengan nikmat syurga, kan syurga itu mahal, maka kita harus jadi mahal. Buat si gadis/perempuan di luar sana, diri amat berharga, simpanlah baik-baik buat suamimu nanti. Buat si teruna/lelaki, tahanlah kemahuanmu tutuplah auratmu bersabarlah, bukankah dirmu juga mahukan seorang wanita yang baik untuk dijadikan istri? adakah adil kiranya kamu tidak memelihara dirimu, imanmu?


Saudaraku sayang,

         Sungguh kecantikan itu bukanlah di luar sahaja, tetapi kecantikan dalaman juga harus di jaga. Bagaimana nak jaga kecantikan dalaman? Caranya, ajaglah akhlakmu, akidahmu, juga imanmu. InsyaAllah kecantikan dalamanmu itu akan terlihat diluar :). Tapi ingatlah kepada siapa kita hendak menunjukkan kecantikan itu? Tentulah yang paling utama adalah pencipta kita Allah. Ianya tidak akan sia-sia.

Wallahualam.

        

Tuesday, June 25, 2013

Sampah! kenapa pandang ringan?

Bismillahhirrahmanirrahim..

Sampah!
Ahai.. pasti ada orang cakap:
1. Ada apa dengan sampah?
2. Ah.. buang je sampah kat tepi jalan tu nanti adalah orang yang bersihkan.
3. Biarlah, apa guna ada 'cleaner' kan dorang dibayar?
4. Habis, kau nak pegangkan sampah ni sepanjang perjalanan?

Di dalam firman Allah ada menceritakan sikap manusia:

maksudnya:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah dibumi."
Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah 2:30)

Ya, terbukti! manusia itu akan melakukan kerosakan.
 Aku melihat ramai manusia di luar sana yang merasa jijik melihat sampah, menutup hidung saat lalu berdekatan timbuanan sampah. Bila tengok kawasan yang berserakan dengan sampah ada yang cakap "kotornya tempat ni".

ha... pandai pulak..

Sedar tak sedar, bukankah anda salah seorang penyumbang sampah yang bertaburan itu?

Allah ada berfirman dalam salah 1 surah dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sungguh segala kebaikan itu datangnya dari Allah, dan segala keburukan yang menimpa manusia itu adalah kerana salah dirinya sendiri" (insyaAllah nanti di cari surah apa)

ha... tu dia...

Bila banyak sampah di merata-rata tempat makin banyak pulak tempat bersarangnya nyamuk-nyamuk. Nanti banyak pulaklah orang kene demam denggue dan segala bagai. Ha? nak salahkan siapa?
'Back' semula kepada diri sendiri...

Fikir-fikirkanlah..

Sememangnya ada yang mencari rezki dari sampah-sampah itu, tapi janganlah dengan menghamburkan sampah merata-rata anda rasa itu memberi rezki kepada mereka! Fikikanlah.. kepada yang merasa ada orang yang membersihkan sampah, bagaimana jika itu ibumu? Tidakkah kamu kasih akan mereka?

Perbuatan dan sikap kita mencerminkan akhlak kita. Mencerminkan siapa diri kita. Tidak mahukah kita mencontohi akhlak rasulullah? Tidak mahukah kita menjadi manuisa yang bermanfaat kepada orang lainnya?

"sungguh manusia yang paling baik itu adalah yang banyak bermanfaat kepada yang lainnya dan mendapat keredhaan Allah swt. itu yang utama.

^_^ jom berlumba-lumba meraih redhaNya..





wahai penyeru kebaikan..

Bismillahhirrahmanirrahim..
Faktor terbesar yang menyebabkan masyarakat berpaling dari para da'ie dan orang-orang yang menyerukan kebaikan-khususnya perbaikan moral adalah:

1. kisah lalu mereka yang suram dan moral mereka yang tidak terpuji.
    -masa lalu yang tidak baik inilah yang memunculkan keraguan terhadap kejujuran para da'ei. Mereka akan menduga bahawa sebenarnya para dai itu berlindung di balik aktivitas dakwahnya untuk meraih keuntungan tertentu, atau mereka sudah puas merasakan nikmat hidup atau bergelumang dengan dosa, atau dugaan buruk lainnya..

Allahurabbi... Ampunkan daku..

Seorang da'ie yang lurus dan istiqamah di masa mudanya, selama ia akan melangkah dengan mantap dan percaya diri. Kerana apa??
Kerana, musuhnya tidak akan menemukan jalan untuk memperolokkan peribadinya baik menggunanakan senjata di masa lalunya atau di masa sekarang. Tidak ada detik kehidupannya yang mampu dijadikan fitnah.

Allah..

Benar, Allah akan menerima taubat hambanya yang benar-benar bertaubat dan Allah akan menghapuskan kejahatan masa lalunya dengan kebaikan masa kini.

Wahai penyeru kebaikan...

Jika kamu masih diusia mudamu, gunakanlah ia sebaiknya. Janganlah engkau mencemarkan usia mu dengan noda-noda dosa yang terlihat jelas. Sentiasalah memohon ampunan dari Allah.

-muhasabah-






Monday, June 10, 2013

Dunia ini hanya sementara...

Astaghfirullahalazim 3x...

Ke mana hilangnya harga diri duhai para perempuan, mengapa begitu mudah menggadaikan maruah, menggadai diri? mana sifat malu yang yang mendidingi dirimu?

Ke mana hilangnya sifat lelaki yang melindungi, adakah andai ingin beristrikan orang yang sanggup menggadai maruah diri, menjaja diri di sana sini?  Jika kamu tidak mahu maka mengapa kamu sanggup melukan perkara yang mencemarkan mereka?

Duhai saudara perempuanku, duhai saudara lelakiku... hidup kita didunia ini cuma sementara. Kita di dunia ni hanyalah seorang musafir yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Di mana kampung kita? Di syurga sana saudaraku. Janganlah kita hanyut dek keindahan dunia ini saudaraku. Bersabarlah, sungguh sabar itu indah :) 

Kepada saudara perempuanku, anda semua mahal, tidak ternilai harganya jika kamu mampu menjaga dirimu, percayalah.. jika bukan di mata manusia, tapi di mata Allah... ^_^

Buat saudara perempuanku:

"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar menundukkan pandangannya,agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) , kecuali kpda suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau saudara lelaki mereka, putra2 saudara lelaki mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) atau hamba sahaya, yang mereka miliki, atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan. dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung." (24:31)

Thursday, June 6, 2013

Cintailah yang sebenarnya pasti tidak akan kecewa ^_^

Bismillahirrahmanirrahim... Ramai antara kita yang sibuk mencari cinta, lena dibuai cinta, kemaruk dengan cinta dan tak kurangnya pula yang kecewa dengan cinta. *kecewa sampai tak sanggup lagi hidup... (kononnya) tapi sedarkah kita, dalam kesibukan kita mengejar cinta dunia yang sementara, ada cinta abadi yang setia menunggu kita.
              Cinta yang tak akan mengecewakan, cinta yang akan menerima kita setulusnya iaitu cinta kepada Allah. Allah Yang Maha Besar, Maha Kuasa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada tandingannya :)
              Buat anda yang ingin berubah....
lakukanlah kerana Allah... kerana harapan manusia itu akan terputus bila tempat pengharapannya terputus. Maka berharaplah pada yang kekal selamanya. Jika anda berubah kerana manusia, maka pasti anda akan kecewa.. Jangan biarkan itu berlaku, dan jangan biarkan usaha anda sia-sia. Lakukanlah ia kerana Allah, pasti setiap usaha anda itu dinilai Allah :)
             Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap amal perbuatan itu tergantung niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan diterima kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia atau wanita yang ingin dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju."
(HR. Dua Imam Ahli Hadith: Abu Abdillah Muhammad b. Ismailb. Ibrahim b. Mughirah b. Bardawih Al-Bukhari dan Imam Abu Husain Muslim b. Al-Hajjaj b. Muslim Al-Qusyairi An- Naisaburi dalam kedua kitabnya yang merupakan kitab hadith paling sahih)





Sunday, May 26, 2013

Kita tak tahu kat mana rezki kita...

"Kita tak tahu kat mana rezki kita", kata seorang sahabat bila aku masih mengira nak beli makanan kucing banyak mana. Di kawasan rumahku terlalu banyak kucing yang kasihan aku melihatnnya. Tiap hari bila keluar pintu mesti kucing-kucing serbu nak masuk, cari makan. Sebelum ini aku selalu berkira-kira sebabnya, aku sendiri memerlukan duit untuk makan, kot la nak layan kucing istimewa sangat. Ish... *teruk ke? urm...
Bukan apa, aku selalu cakap dari aku bagi makan kucing baik aku bagi orang-orang yang memerlukan diluar sana, maklumlah aku berada di sebuah negara yang kadar kemiskinannya agak tinggi.
            Tapi, bila tiap hari aku tengok ada kucing yang kelaparan aku jadi kasihan. Jika kucing tu boleh bercakap pastilah dia sudah menegur manusia yang mementingkan diri, tidak punya belas kasihan terhadap binatang. Sedangkan, kucing-kucing itu adalah makluk yang sentiasa berzikir dan memuji Allah, sedangkan aku? terkadang lalai dalam mengingatiNya.
           Alhamdulillah, hakikatnnya bila kita berbuat baik kepada makhluk Allah keranaNya, hati akan tenang. Percayalah!! Dan rezki, janganlah kita merasa takut kurang kerana setiap orang ada rezki masing-masing.  Yang penting usaha, dan bermohonlah padaNya. Pada saat ini, aku melatih diri agar aku menjadi anak yang membantu dan berbakti pada keluarga. Ya, sebagai seorang da'ei aku tahu amat penting untuk aku mengurus kewangan dengan baik, buat keluarga, diri, jalan dakwah dan berbuat baik kepada makluk lainnya.
          Aku teringat kata-kata seorang guruku," cikgu dulu pun banyak menahan kehendak diri yang kurang penting, saat cikgu belajar. Tak apa, nanti dah kerja belilah apa yang kita suka".
          Ya.... itulah... jangan terlalu berkira, lakukanlah sesuatu itu kerana Allah sungguh hatimu akan tenang. Setiap rezki itu Allah yang berikan dan dalam rezki kita ada hak orang lain dan makhluk lainnya. Jangan berkira... ^_^

insyaAllah  Allah akan melapangkan rezki buat siapa sahaja yang Dia kehendaki :)

 
   Bersyukurlah....

Sunday, May 19, 2013

Inikah manusia??



 

" Nama pun manusia, diberi salam pun tidak dijawab, ialah kami ini cuma mengamen." gerutu seorang pengamen yang tiba-tiba naik berang kerana semua hanya tunduk.
Bukanlah tidak mahu menghulur wang walau sedikit tapi kami memang tidak memegang wang pada ketika itu. Waktu ini aku bersama ansarullah sekalian dalam perjalanan ke Bogor untuk mukhayyam yang pertama kali buat kami.
            Rasa macam kene tampar =-=
Kita lihatlah dunia sekarang, ramai manusia yang mementingkan diri. Mana hilangnya kemanusiaan??
Yang kaya semakin kaya, yang miskin bertambah miskin. Ramai yang sibuk dalam kehidupan masing-masing hingga lupa kepada yang memerlukan di luar sana. Sibuk duk menempa nama kat "world record la", ini terbaiklah, itu terbaiklah..

           Sedar tak kita??
Kerana sifat "individualisme" yang beraja dalam diri manusialah, ramai saudara kita kat luar sana yang menjual akidahnya, menjual maruahnya, mengamen, mengemis dll.
           Pelik kenapa macam tu??
Sebabnya bila setiap manusia itu punya rasa kasih sayang terhadap manusia lainnya, jika setiap yang kaya dan yang mampu mengeluarkn zakat, maka tidaklah akan timbul masalah seperti ini. Umat islam perlu lebih memantapkan sistem ekonomi agar dapat membantu saudara seislam yang lainnya. Agar tidak ada yang tergadai kerana wang. Serta juga membantu semua manuisa yang memerlukan diluar sana tanpa mengira, agama, bangsa dll.
          Ingatlah...
Jangan kita memandang rendah kepada orang lain, jika anda bertemu pengamen, ingatlah bahawa dia mungkin lebih baik dari kita kerana dia berusaha mencari rezki yang halal. Sedang dalam rezki kita ada rezki orang lain. Janganlah kita kedekut nak mengeluarkan infaq kepada orang yang memerlukan. Sungguh tangan yang memberi itu lebih baik. InsyaAllah bila kita lakukannya ikhlas kerana Allah.

wallahulalam 

Wednesday, May 15, 2013

Bersyukurkah aku?

Asataghfirullahalazim....
Dalam kesibukan kita dengan dunia, sedarkah kita diluar sana masih ramai yang memerlukan. Terkadang, tanpa kita sering mengeluh tidak punya kasutlah, bajulah, makanan tak sedap lah dan sebagainya. Tapi sedarkah kita bahawa diluar sana masih ramai yang tidak berkasut, tidak punya pakaian untuk menutupi aurat, dan ramai pula yang tidak makan dalam sehari.


Sedarkah kita?? tanyalah diri anda sendiri.

Di sini di bumi Bandung ini, aku menemukan bermacam ragam manusia yang mengajarku erti syukur, yang terkadang aku terlupa mensyukuri apa yang aku miliki. Aku di sini susah mencari saiz kasut yang bersesuaian, makanya aku sering mengeluh tidak memiliki kasut untuk ke kelas, ada pun kasut getah. Hingga 1 hari aku dapat menemukan kasut-kasut yang sesuai dengan saiz kaki ku. Banyak yang aku beli, sebab tak mahal, dan lagipun susah nak cari saiz tu. *gembira sangatlah dapat kasut baru :D. Tapi dalam perjalanan pulang, aku bertemu dengan ramai orang yang masih tidak punya kasut untuk dipakai :( mereka tak mengeluh pun seperti aku :(.


Astaghfirullahalazim.. ya Allah ampuni aku.

Allah berfirman: dalam surah Al- Maun 107:1-7

ayat 1: Thaukah kamu( orang) yang mendustakan agama?

ayat 2: maka itulah orang yang mengherdik anak yatim

ayat 3: dan tidak mendorong memberi makan orang miskin

ayat 4: maka celakalah orang yang solat!

ayat 5: (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya

ayat 6: yang berbuat riya'

ayat 7:  dan enggan memberikan bantuan.

Allahhu Allah....

Allah dah pesan pun kat kita sebenarnya melalui surat cintaNya. Tapi kita je yang terkadang tidak ambil tahu.
kita bantulah orang-orang yang memerlukan di luar sana semampu kita, tak kira di Malaysia, di Indonesia atau dimana sahaja.Semoga kita semua tak tergolong dalam golongan yang mendustakan agama :(

Lagi Allah berfirman dalam surah Al-Kausar  108:1-2

ayat 1: sungguh kami telah memberimu nikmat yang banyak

ayat 2: maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah( sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)

Allah...

Sedar tak kita dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kat kita??
Terlalu banyak hingga tak terhitung oleh jari jemari, tak kan mampu dibalas dengan seluruh dunia dan isinya.
Sungguh Allah maha Pemurah, tapi adakah kita sudah mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita??

*muhasabah diri

Apa yang kita telah lakukan untuk agama Allah??
Apa yang kita sudah lakukan tanda kita mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita??
Cukupkah sekadar kita mengucapkan Alhamdulillah??
 Apakah pengorbanan yang kita sudah lakukan dalam hidup kita untuk agam Allah??
Adakah kita sudah menjadi manusia yang bermanfaat buat orang lain??

Tanya semula diri kita...









Saturday, March 30, 2013

Kehidupan.. hatiku tersentuh..

Hidup ini umpama roda, kadangkala kita di atas, kadangkala kita dibawah. Segala yang kita harungi dalam kehidupan merupakan tarbiyah buat diri kita. Maka Bersyukurlah ^_^
Pada tanggal 29/3/2013, aku terpanggil untuk mencoret sebuah kisah kehidupan. Ketika ini aku dalam perjalanan ke Bogor, Indonesia dalam rangka mencari redhanya. Perjalanan memakan masa sekitar 4 jam dek kerana sesat jalan.
      Dalam perjalanan yang pendek ini, sedang aku sibuk memerhati pemmandangan di luar tingkap kereta (sewa), aku terlihat sebuah keluarga yang sedang berkumpul berkongsi makanan sambil ketawa riang, lantas aku teringat kehidupanku sebelum ini. Kehidupan yang sederhana tapi sudah cukup membuatku gembira dan matang dalam kehidupan. Bagiku pengalaman itu amatlah bermakna dalam mengajarku erti kehidupan dan erti syukur.. alhamdulillah ya Allah.
    Jika dahulu, dapat makan lauk ayam atau ikan sekali seminggu,gembira sangat. Makanan yang sedikit dikongsi-kongsi,kadang-kadang berebut juga dengan abang dan adik *tersenyum. Akhirnya mak ayah jugak yang mengalah merelakan anak-anaknya makan dengan gembiranya.
    Aku terus mengimbau kenangan lalu sambil memerhati alam yang indah sepanjang perjalanan ini. Aku terlihat makcik-makcik yang gayanya seperti mahu pergi ke majlis pernikahan, berbaju cantik, tudungnya cuma diikat dileher. Aku juga dahulunya begitu, kerongsang bagi aku dan keluarga saat itu amat mahal, walau hakikatnya harganya tak sampai seringgit. Apalagi 'iron' lagilah mahal buat keluargaku, makanya ketika zaman sekolah rendahku bajuku selalu kedut-kedut tak nak kedut letak bawah tilam *senyum.
    Alhamdulillah, aku amat mensyukuri kehidupanku dahulu dan sekarang. Kehidupan daku dan keluargaku jauh lebih baik tapi bersederhana. Mak selalu pesan "kakak kita tak miskin, kita tak susah, kita kayalah, kaya dengan kesihatan, cuba kakak tengok orang kat luar sana, ada yang lagi susah dari kita, tak makan langsung pun ada " (ayat mak memujuk bila makan budak nakal ni merungut) :D.
ramai yang lebih susah bilamana kita sudah merasa susah :(

    Janganlah merasa tidak cukup, berusahalah mencari rezki. Setiap orang ada rezki masing-masing, janji Allah dalam kitab Al-quran yang bermaksud:

"Tidak ada 1 makhluk yang bergerak di bumi melaiankan dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. semua tertulis dalam kita yang nyata (Lauh Mahfuz)." (11:6)


Tersenyumlah sentasa bersyukur, jangan banyak mengeluh ^_^

Saturday, March 2, 2013

sudahlah... jangan menangis lagi ^_^

Setiap makhluk diciptakan dengan tujuan tersendiri, tidak ada 1 pun makhluk yang diciptakan sia-sia.
Tiada 1 pun makhluk dibumi ini melainkan semuanya bertasbih dan memuji Allah swt. Begitu juga kita, kita diciptakan untuk matlamat tersendiri. Apakah matlamat itu?

Matlamat penciptaan manusia, juga matlamat hidup kita :

1. Menjadi khalifah
"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". mereka berkata, "apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih dan memujiMU mensucikan namaMU?". DIA berfirman, "sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (2:30)

2.Beribadah
" AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU" (51:56)

3. untuk diuji
"sungguh kami menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jedikan dia mendengar dan melihat". (76:2)

Allah... Allah... Allah...

Terkadang aku seakan-akan terlupa tujuan hidupku, lantas bila terkadang diuji akau menangis. Sudahlah, jangan menangis lagi =)

Tuesday, January 22, 2013

istiqarah ^_^

Istiqarah?
kau dah ada calon ke? aish.. asal sebut istiqarah je orang fikir pasal jodoh
istiqarah bukan la alat pencari jodoh, tapi untuk mohon petunjuk pada Allah dalam membuat sesuatu keputusan.,apa sekalipun. Istiqarah tidak pula diwajibkan ^_^

sebagaimana di sebut dalam hadith:

"Jabir Bin Abdullah menyatakan:
" Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istiqarah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami 1 surah dari Al-Quran. Rasulullah menyatakan, 'Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat 2 rakaat '." (HR Bukhari)



Wednesday, January 16, 2013

Berdoalah.....

Dikala diri diuji, berdoalah sungguh Dia sentiasa mendengar rintihan hatimu :)

Doa ketika ditimpa kesedihan yang mendalam:

" Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah. Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia." (HR. Bukhari)

" Ya Allah ya Tuhanku, aku mengharap rahmat-Mu, kerana itu janganlah Engkau serahkan urusankau kepada diriku sendiri (janganlah Engkau berpaling dariku) sekejap mata, perbaikilah semua urusanku, tiada Tuhan selain Engkau." (HR. Abu Daud)

Saturday, January 12, 2013

aku berniqab....

assalamualaikum.... (sentiasa lah memberi salam)

Niqab??? aish... sehelai kain kecil yang menutupi wajah kata lain nya purdah la... kenapa?? perlu ke??
ekkk... pelik aku tengok orang-orang berniqab ni..
aku... aku adalah antara orang yang anti niqab (bukan la anti sangat cuma menolak, yelah payah kot)... macam mana nak makan kalau kat luar... senyum pun orang tak nampak... aish... tak nak lah aku... aku tak kan pakai punya *hoho yakin
tapi nak dikatakan betapa Allah lah yang berkuasa mengawal hati kita dan Allah lah yang menetapkan segala sesuatu... tiba-tiba 1 hari... jeng3x
tengah online ternampak la senior sekolah aku.. dulunya dia ni boleh tahan seksinya... terkejut aku tiba-tiba pakai niqab ekkk... nampak mata je...
aku pun apa lagi korek-korek la... apa pasal boleh pakai niqab ni heee :)
sembang punya sembang...
hurm... tahulah dia mmg dah pasang niat lama dah... hoho :D aku plak tak ada la pulak niatnya... cuma suka jugak tengok orang pakai... tapi aku rasa aku tak mampu haih nak pakai...
yala... macam mana nak pakai kalau jadi dokter, akak tu tak pe la, bukan dokter to be..
 *dushhh alasan.

1 hari..
tengah khusyuk online sat.. kot-kot ada mesej penting..
zzzzzaaaaaassssssssss...
terbaca post berbunyi mcm ni:

ada seorang lelaki bertanya kepada seorang alim
lelaki:
 "aku ni sebelum tidur, baca quran, solat sunat, berwudhuk tapi aku masih tak dapa bangun qiam,   kenapa ya?
alim:
 kamu masih tak dapat bangun keran dosa-dosa kecilmu yang masih menyelimutimu. huhu
(situasi ni kena dgn aku hukhuk)

hurmm... berfikir sejenak mengimbau memori
~aku masih belum menjaga pandangan sepenuhnya
~orang masih pandang aku
~aku terkadang rasa gembira bila ada yang kata aku comel *haish... tak la comel pun... tapi cukup sifat la
kadang-kadang terperasan jugak_haa kan da ujub hadoi... hati ooo hati
~ ada lelaki yang cakap kat aku: "saya suka tengok awak senyum, comel la " ekkk ~.~
~ orang slalu salah tafsir ekpressi aku...ramai yang kata aku garang... * adui tepok dahi

mula mencari-cari
aku pun mula berfikir dan tercari-cari *pandang kiri kanan atas bawah :P
selepas aku dapat tarbiyah, banyak perkara yang menyedarkan aku tentang cinta yang hakiki
matlamat hidup.. apa yang aku cari di dunia ini.. isk.. isk.. *teresak-esak nangis

"seseorang itu masuk syurga bukan kerana amalnya, tapi hanya kerana rahmat dan kasih sayang Allah"

hukhuk.. aku nak redho Allah...
maka aku kena berusaha mencarinya.. tapi aku belum mampu bangun malam dgn konsisten.. T_T
aku fikir dan fikir.. apa yang boleh aku lakukan?? ~buntu
hah... niqab... ya... aku nak berniqab :)
tapi aku takut la... boleh ke? kat sini tempat aku belajar ni tak de orang pakai pun...
aku pun beristiqarah dan beristiyasyah (betul tak eja?)
aku mintak izin ibuku.. (takut terkejut pulak tiba-tiba balik malaysia nanti nampak mata ja huihui...)
awalnya bunyi macam tak bagi tapi lepas bagitau kenapa.. alhmdulillah ibuku izinkan hooreeyy :D
tambah semangat nak berubah ni...

tapi.......
fakulti pulak tak bagi...
1 pagi ni bukan main semangat berlari-lari mengejar dokter nak tanya jika ada sebarang larangan...
fuhh... memang ada lah... huhu sebak terasa di dada dengar jawapan dokter
*jalan laju-laju masuk lab, mengadu pada Allah lepas tu baru cerita kat sahabatku.. sambil nangis-nangis
heee... manja pulak dah... (tak la... bukan manja tapi semangat dah berkobar tiba-tba tak boleh pulak)

apa aku nak buat ni???
 aku pun tanya la kakak-kakak yang pakai niqab jugak.. yang jugak pelajar kedokteran..
ooo rupanya boleh je bukak masa belajar, sebab pakai niqab ni bukan wajib jadi jangan jadikan masalah..
yeay:) gembira semula... :)
alhmdulillah dengan penuh semangat, pergi beli kain lepas tu tempah... adess... design dia macam mana la pulak... *tepuk dahi
ha... tanya senior la saiz dia... lepas tu design sendiri aja... beresss :)

sebelum niqab siap..
~huh macam mana nak mula pakai ni?
~apa pandangan kawan-kawan kat aku nanti, mesti diorang cakap aku bajet baik huuu :'(
~ke tak payah pakai la?
~nanti kalau senyum orang tak nampak dah... ekkk
~takut dokter marah la...

hussshhh.... huusshhh... pergi main jauh-jauh setan.. jangan kacau aku... aku tetap nak pakai..
~biar lah apa orang nak cakap.. yang penting pandangan Allah pada aku... manusia nak cakap apa pun cakap lah..
~jika dokter marah... cakap la pereturan cuma masa kelas.. jadi waktu selain tu saya bisa pakai la *cakap indon sikit
~tak nampak muka... memang aku nak jaga pun kan... jadi tak payah kisah sangat la... awal-awal je ni..

akhirnya....
alhamdulillah akhir bulan november 2012, aku berniqab.. setelah hampir 2 minggu proses memikir dan menyiapkan niqab :)
subhanallah... Allahuakbar... segala puji dikembalikan kepada Allah yang memegang hatiku :) 





.