Monday, June 10, 2013

Dunia ini hanya sementara...

Astaghfirullahalazim 3x...

Ke mana hilangnya harga diri duhai para perempuan, mengapa begitu mudah menggadaikan maruah, menggadai diri? mana sifat malu yang yang mendidingi dirimu?

Ke mana hilangnya sifat lelaki yang melindungi, adakah andai ingin beristrikan orang yang sanggup menggadai maruah diri, menjaja diri di sana sini?  Jika kamu tidak mahu maka mengapa kamu sanggup melukan perkara yang mencemarkan mereka?

Duhai saudara perempuanku, duhai saudara lelakiku... hidup kita didunia ini cuma sementara. Kita di dunia ni hanyalah seorang musafir yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Di mana kampung kita? Di syurga sana saudaraku. Janganlah kita hanyut dek keindahan dunia ini saudaraku. Bersabarlah, sungguh sabar itu indah :) 

Kepada saudara perempuanku, anda semua mahal, tidak ternilai harganya jika kamu mampu menjaga dirimu, percayalah.. jika bukan di mata manusia, tapi di mata Allah... ^_^

Buat saudara perempuanku:

"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar menundukkan pandangannya,agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) , kecuali kpda suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau saudara lelaki mereka, putra2 saudara lelaki mereka, atau putra2 saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) atau hamba sahaya, yang mereka miliki, atau anak2 yg belum mengerti tentang aurat perempuan. dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung." (24:31)

1 comment:

  1. mungkin sbab dunia skang ni budak2 senang je bersosial so senang la benda macam ni blh berlaku. n then, pengawasan ibu bapa jugak krang. parent perlu amik tau aktiviti2 harian anak dorang. parent gak perlu amik tau dengan sape anak dorang berkawan.

    by da way, nice post :) but. nmpk pendek la sis.. kasi la pnjg, baru syok

    ReplyDelete