Friday, June 27, 2014

Tawakal

Bismillahirrahmanirrahim.. Bertemu dengan seorang pakcik buta, mengajarku sesuatu hari ini...

Saat kita melihat seseorang yang buta, jangan merasa bangga kita dapat melihat, kerana dia tidak pernah melihat maksiat... maka matanya tidak akan menjadi saksi buatnya di akhirat kelak...

Seorang yang buta, apabila dia berjalan, dia sentiasa bertawakal kepada Allah kerana dia tidak tahu apa disekelilingnya...

...“Akan masuk surga suatu kaum yang hati mereka seperti hati burung.” (HR. Muslim no. 2840).

Yang dimaksud dengan hadits di atas adalah hati mereka yang dikatakan masuk surga itu adalah hati yang lemah lembut. Ada pula yang menyebutkan bahwa hati burung itu penuh rasa takut dan khawatir. Karena memang demikianlah keadaan burung yang penuh rasa khawatir dan takut. Ada pula ulama yang menafsirkan bahwa hati burung itu penuh rasa tawakkal, yaitu selalu bergantung pada Allah. Demikian beragam pendapat yang disebutkan oleh Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Shahih Muslim, 17: 177.

‪#‎terkadang‬ itu merupakan pekara yang kita sering lihat, tapi bila ia menyentuh hati kita, kita tidak tahu...

Tuesday, June 24, 2014

Wahai anak....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Baru saja ku selesai membaca status seorang senior tentang seorang pakcik tua yang tidak mahu dijemput oleh anaknya dari hospital, sedangkan dia mempunyai 10 orang anak. Tersentuh hatiku... Bukan 1, bukan 2 kes begini... tapi banyak....

Lihatlah bagaimana seorang ibu dan seorang bapa mampu menjaga anak yang ramai, namun anak yang ramai tidak mampu menjaga seorang ibu dan bapa...

Saudara/saudariku,..

Pernahkah kalian terfikir betapa susahya ibubapa kita membesarkan kita? Atau adakah anda membesar dalam kemewahan,anda tidak pernah melihat/merasa susah dalam mencari rezki hingga apabila dewasa anda terlupa dengan pengorbanan ibubapa dalam membesarkanmu? Adakah? Berapa orang yang pernah membantu ibubapanya bekerja mencari rezki? *angkat tangan.....

Saudara/saudariku,..

Ibubapa itu tiada gantinya dalam hidup kita,mereka merupakan salah 1 nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, untuk membesar dan mendidik kita. Tidakkah kita bersyukur dengan nikmat kurniaan ini? ..

Sewaktu kecil, sewaktu dilahirkan, kita semua insan yang lemah, tak berdaya, lapar.. menangis, tak selesa.. menangis. Menangis je yang kita tau. Siapa yang menenangkan kita saat kita menangis? siapa yang mencari rezki membelikan susu dan lampin serta pakaian? siapa? Bukankah ibubapa kita? Susah ke untuk kita berbakti kepada ibubapa kita? untuk menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kecil? ..

Allahu.. :'(..

Saudara/saudariku,..

Berbakti dan berbuat baik kepada ibubapa bukan hanya kerana mereka pernah bersusah payah demi membesarkan kita, bukan kerana jasa-jasa mereka tetapi kerana Allah yang suruh. Kerana ia suatu perintah dari Tuan kepada hambanya...

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ke 2 orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyusukan dalam usia 2 tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada 2 orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu kembali." (Surah Luqman 31:14)..

Lihatlah betapa Allah memuliakan ibubapa kita. Serang ustaz pernah memberi pengisian yang berbunyi, "kita biasa dengar syurga di bawah tapak kaki ibu tapi kita jarang dengar bahawa kunci syurga terletak pada redha bapa" ..

Kita tidak boleh menderhakai mereka, melainkan jika mereka memaksa kita melakukan kemungkaran...

" Dan jika ke 2 nya memaksamu untuk menyukutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya, maka janganlah engkau mentaati ke 2 nya, dan pergaulilah mereka di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadaMu tentang apa yang telah kamu kerjakan." (Surah Luqman 31:15)..

Saudara/saudariku,..

Perlakukanlah ke 2 ibubapa kita sebaiknya, sebgaimana kita ingin diperlakukan kelak. Allah itu Maha adil. Jangan sampai suatu saat kita pula diperlakukan sebagaimana kita telah memperlakukan ke 2 ibubapa kita...

Ibubapa kita bukanlah menginginkan sangat harta yang kita miliki, tetapi mereka menginginkan kasih sayang seorang anak. Buat yang jauh diperantauan, berapa kali sahaja kita menelefon ke 2 orang tua kita? Berapa kali setahun kita pulang ke rumah menjenguk mereka? Jangan biarkan mereka terluka dengan sikap kita, jangan biarkan mereka merindu dan menanti-nanti panggilan kita kerana khuatir kita tergolong dalam golongan yang derhaka kepada ke 2 orang tua kita. nauzubillahuminzalik....

Ayuh... kita luangkan masa menggembirakan hati mereka, seringlah bertanya khabar mereka. Jangan setelah mereka memejamkan mata baru hendak menyesal tiada kesudahan...

wallahualam... :)

Saturday, June 21, 2014

Masuklah ke dalam islam secara Kaffah (Menyeluruh)

Bismillahirrahmanirrahim.....

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuanya kedalam Islam secara kaffah, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu." (Qs. al-Baqarah 2:208)..

Mungkin ada yang sudah terbiasa mendengar ayat suci al-quran ini, tapi sejauh manakah kita menghayati dan mengamalkannya? ayuh fikirkan bersama :')..

Apakah yang dimaksudkan "masuklah islam secara keseluruhan?" ..

Analoginya begini: bagaimana keadaannya apabila anda hanya mengambil sesetengah perkara dalam kehidupan, contohnya, belajar ABC.Anda hanya belajar dari A-N dan anda hanya mengimani itu. Makanya, apabila anda berkata-kata, akan jadi seperti berikut:..

Anda ingin mengucapkan ini: saya suka makan ayam Apa yang anda ucapkan setelah hanya mengimani dari A-N ialah: "aa ka akan aa"..

haha... seperti bahasa 'alien' bukan? Begitulah juga dalam kehidupan kita, apabila kita hanya mngimani sebahagian dan meninggalkan yang lain, ianya tidak akan sempurna dan pelik...

Apa je yang harus di islamkan? Bukankah dengan mengucap 2 kalimah syahadah dan mengamalkan seluruh rukun islam itu sudah cukup? ..

Islam itu merupakan cara hidup, maka dari seluruh aspek kehidupan kita seharusnya berlandaskan islam, urusan kita sehari-hari, akhlak kita, pergaulan, pekerjaan, pemakaian, tak terkecuali emosi dan naluri kita. (disini saya ingin membincangkan tentang mengislamkan naluri dan emosi)..

Mengislamkan naluri dan emosi:..

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu menjadikan musuh-musuhku dan musuhmu sebagai teman-teman setia sehingga kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) kerana rasa kasih sayang; padahal mereka mengusir rasul dan kamu sendiri kerana kamu beriman kepada Allah kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika mereka benar keluar untuk berjihad di jalanKu dan mencari keridhaanku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka kerana rasa kasih sayang, dan Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Brangsiapa diantara kamu yang melkukannya, maka sungguh dia telah tersesat dari jalan yang lurus". (Al-Mumtahanah 60:1)..

Asbabunnuzul:..

Diriwayatkan dari Ali Bin Abi Thalib: Ayat ini diturunkan terkait kisah sahabat Rasulullah yang bernama Hathib bin Abi Balta'ah yang menulis surat untuk kaum musyrik Quraish. Hathib memberi tahu tentang rencana perjalanan rasulullah saw. ke Mekah kepada mereka, peritiwa ini terjadi saat pembebasan Mekah pada tahun 8H (Lubabun Nuqul:193)..

Lewat ayat di atas, Allah menegur sahabat yang bernama Hathib yang kerana kasih sayangnnya terhadap keluarga yang tertinggal di Mekah, beliau hampir-hampir membocorkan rahsia perjalanan Rasullullah dengan mengutus surat kepada seorang wanita dan surat itu disisipkan di dalam sanggul. Lalu turunlah ayat ini, dan para sahabat mengejar wanita berkenaan dan mendapatkan surat tersebut. Maka rahsia tersebut tidak sampai ke Mekah...

Hathib merupakan sahabat yang mengikuti perang Badar, dan Ahli Badar telah dijanjikan oleh Allah pengampunan atas segala dosa mereka yang dilakukan setelah perang Badar. Kerana itu Allah memulakan ayat dengan " wahai orang-orang yang beriman..."..

Bila kita lihat semula, apa yang dilakukan oleh Hathib atas dasar kasih sayangnya, namun kasih sayangnya itu boleh mendatangkan mudharat kepada agamanya, saat ini kita boleh melihat bahawa Hathib belum mencintai Allah dan rasul melebihi kecintaan kepada keluarganya...

Itulah yang ditegur oleh Allah buat Ahli Badar ini. Begitu juga dengan kita, mari kita sama-sama muhasabah diri kita, adakah kita sudah mengislamkan naluri dan emosi kita? mencintai Allah dan rasul melebihi segalanya, menjaga emosi kita agar tidak terlalu menurutkan nafsu? *hukhuk sentap... sakit dada.. T_T..

Bagaimanakah lagaknya saat kita marah, sedih? Mungkin di antara kita sudah sempurna pemakaiannya, sudah baik hubungan dengan manusia tapi naluri dan emosi masih belum di islamkan... ..

sama-sama kita muhasabah :')..

wallahualam..

Friday, June 20, 2014

Asrama bukan tempat penitipan anak.. *eh

Bismillahirrahmanirrahim... Terdetik untuk menulis setelah sekian lama menyepi. Siapa yang pernah tinggal di asrama sewaktu zaman persekolahan dahulu? *angkat tangan Saya juga pernah tinggal di asrama sejak tingkatan 1. Baru-baru ini saya menerima berita dari seorang teman yang memaklumkan ada ibubapa kepada seorang pelajar perempuan sekolah A hendak menyaman sekolah terbabit kerana anaknya lari dari asrama dan tinggal di rumah kekasihnya. Kompem biasa dengar kan kes macam ni?..

Bagi saya ini bukan pekara yang boleh dipandang ringan!..

kenapa?..

Jawapan saya mudah, kerana anak-anak lah merupakan penentu masa depan negara, bangsa dan agama.. ..

Anak-anak nakal? nak salahkan siapa? cikgu? sekolah? atau ibubapa sendiri? Anak-anak lari dari asrama sekolah harian, yang setiap hari ada pelajar keluar masuk sekolah, nak salahkan siapa? adakah cikgu atau pihak sekolah tersebut mampu memantau setiap seorang dari pelajar sekolah tersebut 24 jam? Jika ibubapa dirumah, adakah anda memantau anak-anak anda 24 jam? tidak bukan?..

Mengapa anak-anak berperangai sedemikian? pernahkah anda terfikir?..

Anak-anak merupakan amanah dari Allah, ibubapa lah yang mencorakkan anak itu. Anak degil, anak nakal, solusinya bukanlah dengan berlepas tangan dan menghantarkan dia ke asrama dengan harapan dia akan jadi anak yang baik...

Anak-anak itu ibarat kain putih ketika dilahirkan, dan seandainya dicorakkan dengan corak yang baik, pasti ia akan kelihatan indah. Bagaimana nak corakkan dengan corak yang baik? nah... antara yang harus dilakukan adalah menanamkan adab pada anak-anak...

"Adab adalah melakukan sssuatu yang terpuji, baik perkataan maupun perbuatan. Disebut juga dengan ungkapan: berakhlak mulia." ..

Ibubapa sebagai role model,anak-anak itu sedari kecil mereka memerhati bagaimana ibu bapa mereka, cuba mnyerap segala nilai yang ada pada ke 2 ibubapa, mereka ketika ini masih belum mampu membezakan akhlak yang baik atau yang buruk. Nah lalu membesarlah mereka dengan akhlak yang telah dicontohkan...

Namun dewasa ini,anak-anak terlalu bebas untuk mengakses internet dan segala kandungan yang ada di internet. Adakah ibu bapa pernah memantau aktiviti anak-anak seharian di internet? pernah bertanya apa yang mereka lakukan sehari-hari? dengan siapa mereka bergaul?..

Ibubapa yang baik adalah ibubapa yang mampu menjadi guru, sahabat, dan tempat memperoleh kasih sayang :)..

#marilah sama-sama kita fikirkan, tidak hanya menunding jari menyalahkan orang lain atas kesilapan diri sendiri.....

#takkan ada kes anak lari ikut lelaki bila mereka dididik dengan didikan agama yang sempurna, kerana mereka telah diajar untuk takutkan Allah, dan ALlah itu sentiasa memerhatikan kita setiap detik setiap saat....

wallahualam...

Monday, February 3, 2014

Perubahan :)

wahai saudara/saudariku yang dikasihi keranaNya..

untuk melakukan suatu perubahan, bukan mudah, namun tidak mustahil.. nak berubah itu mudah namun nak istiqamah itu sedikit mencabar.. namun.. mohonlah kekuatan dari Allah.. dan betulkan niat, buatlah perubahan itu kerana ingin mencari redhaNya juga, bukan redha manusia..

jangan hiraukan pandangan manusia terhadapmu.. mungkin saat dirimu mula melakukan perubahn ada yang akan mengatakan:
"haha... bajet baik"..
 "wah... dah insaf lah.." ...
"eh.. leklu.. kita masih muda".
" eh pekara remeh je kot.. tak kan tak boleh"

bila mula melabuhkan tudung dan melonggarkan baju ada yang kan cakap:
" tuh.. tiba2 je pakai baju besar2 ada apa2lah tu" *gosip2 makcik2...

bila nak kahwin awal.. takde majlis besar-besaran:
" ha... tu anak si fulan tu dah nak kawen.. segera... mesti ada apa2 ni"
" eh murahnya hantaran anak si fulan tu... mesti ekspress ni." *sambil singsing gelang kat tangan..

banyaklah lagi.. bila kita ambil kira semua pandangan manusia kat kita.. kita tak kan mampu melakukan perubahan..

Nah... tahukah kita kapan ajal kita? bagaimana pengakhiran kita? jadi salahkah kita berusaha untuk mempunyai pengakhiran yang baik... fikirkan..

# semangat ya.. betulkan niat.. buat awak yang ingin berubah.. semoga di beri kekuatan insyaAllah :')