Tuesday, June 24, 2014

Wahai anak....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Baru saja ku selesai membaca status seorang senior tentang seorang pakcik tua yang tidak mahu dijemput oleh anaknya dari hospital, sedangkan dia mempunyai 10 orang anak. Tersentuh hatiku... Bukan 1, bukan 2 kes begini... tapi banyak....

Lihatlah bagaimana seorang ibu dan seorang bapa mampu menjaga anak yang ramai, namun anak yang ramai tidak mampu menjaga seorang ibu dan bapa...

Saudara/saudariku,..

Pernahkah kalian terfikir betapa susahya ibubapa kita membesarkan kita? Atau adakah anda membesar dalam kemewahan,anda tidak pernah melihat/merasa susah dalam mencari rezki hingga apabila dewasa anda terlupa dengan pengorbanan ibubapa dalam membesarkanmu? Adakah? Berapa orang yang pernah membantu ibubapanya bekerja mencari rezki? *angkat tangan.....

Saudara/saudariku,..

Ibubapa itu tiada gantinya dalam hidup kita,mereka merupakan salah 1 nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, untuk membesar dan mendidik kita. Tidakkah kita bersyukur dengan nikmat kurniaan ini? ..

Sewaktu kecil, sewaktu dilahirkan, kita semua insan yang lemah, tak berdaya, lapar.. menangis, tak selesa.. menangis. Menangis je yang kita tau. Siapa yang menenangkan kita saat kita menangis? siapa yang mencari rezki membelikan susu dan lampin serta pakaian? siapa? Bukankah ibubapa kita? Susah ke untuk kita berbakti kepada ibubapa kita? untuk menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kecil? ..

Allahu.. :'(..

Saudara/saudariku,..

Berbakti dan berbuat baik kepada ibubapa bukan hanya kerana mereka pernah bersusah payah demi membesarkan kita, bukan kerana jasa-jasa mereka tetapi kerana Allah yang suruh. Kerana ia suatu perintah dari Tuan kepada hambanya...

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ke 2 orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyusukan dalam usia 2 tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada 2 orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu kembali." (Surah Luqman 31:14)..

Lihatlah betapa Allah memuliakan ibubapa kita. Serang ustaz pernah memberi pengisian yang berbunyi, "kita biasa dengar syurga di bawah tapak kaki ibu tapi kita jarang dengar bahawa kunci syurga terletak pada redha bapa" ..

Kita tidak boleh menderhakai mereka, melainkan jika mereka memaksa kita melakukan kemungkaran...

" Dan jika ke 2 nya memaksamu untuk menyukutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentangnya, maka janganlah engkau mentaati ke 2 nya, dan pergaulilah mereka di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadaMu tentang apa yang telah kamu kerjakan." (Surah Luqman 31:15)..

Saudara/saudariku,..

Perlakukanlah ke 2 ibubapa kita sebaiknya, sebgaimana kita ingin diperlakukan kelak. Allah itu Maha adil. Jangan sampai suatu saat kita pula diperlakukan sebagaimana kita telah memperlakukan ke 2 ibubapa kita...

Ibubapa kita bukanlah menginginkan sangat harta yang kita miliki, tetapi mereka menginginkan kasih sayang seorang anak. Buat yang jauh diperantauan, berapa kali sahaja kita menelefon ke 2 orang tua kita? Berapa kali setahun kita pulang ke rumah menjenguk mereka? Jangan biarkan mereka terluka dengan sikap kita, jangan biarkan mereka merindu dan menanti-nanti panggilan kita kerana khuatir kita tergolong dalam golongan yang derhaka kepada ke 2 orang tua kita. nauzubillahuminzalik....

Ayuh... kita luangkan masa menggembirakan hati mereka, seringlah bertanya khabar mereka. Jangan setelah mereka memejamkan mata baru hendak menyesal tiada kesudahan...

wallahualam... :)

No comments:

Post a Comment